Thailand, Malaysia pasukan pilihan takraw di Hangzhou 2022

Iklan

SKUAD sepak takraw negara boleh menarik nafas lega apabila tidak diundi bersama musuh tradisi Thailand di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.

Malah kedua-dua jagoan takraw itu menjadi pasukan pilihan acara berpasukan dan regu dalam saingan di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua bermula 24 September depan.

Iklan
Iklan

Undian acara sukan tradisi itu di Hangzhou pada Khamis menyaksikan pasukan regu berpasukan lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Korea Selatan.

Acara regu pula menyaksikan pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama Singapura dan Vietnam.

Iklan

Dalam pada itu, Thailand pula diundi dalam Kumpulan A bagi acara regu berpasukan bersama Jepun dan Laos

Acara regu pula menyaksikan kuasa sepak takraw dunia tersebut diundi bersama Filipina, India dan Myanmar dalam Kumpulan B.

Iklan

"Biarpun begitu saya percaya kita juga akan dapat melihat saingan hebat dari pasukan India, Korea Selatan dan Indonesia.

"Saya boleh katakan pertandingan sepak takraw di Sukan Asia kali ini sukar untuk kita buat tanggapan iaitu, pasukan manakah yang kuat, walaupun Thailand menjadi pasukan pilihan utama.

"Saya harap pertandingan akan berjalan dengan baik,” kata Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader.