Pemain muda City menyinar

Iklan
Pemain muda City menunjukkan kualiti dalam kemenangan 2-1 ke atas Bayern.

PEP Guardiola percaya pemain generasi baharu Manchester City sudah mula menunjukkan hasilnya selepas menyinar dalam perlawanan jelajah pramusim di Jepun menentang Bayern Munich pada Khamis.

James McAtee yang menghabiskan musim lalu secara pinjaman di kelab Kejuaraan Sheffield United untuk membantu kelab itu naik ke Liga Perdana Inggeris membuka jaringan untuk City pada minit ke-21.

Iklan
Iklan

Rakannya, Oscar Bobb juga menunjukkan kualitinya selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan 2-1 itu.

Rico Lewis pula menjadi pemain paling menonjol dalam perlawanan itu yang kerap memberikan masalah kepada Bayern melakukan serangan dan tidak mengabaikan tugasnya sebagai pemain pertahanan.

Iklan

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Guardiola berkata, Lewis yang berusia 18 tahun merupakan pemain yang sangat bijak.

"Dia memahami segala-galanya dan boleh dipercayai dalam banyak perkara. Kami benar-benar gembira seorang pemain dari akademi muncul dan bermain dengan cara dia bermain,” katanya.

Iklan

Guardiola yang merupakan lulusan akademi La Masia yang terkenal di Barcelona menyatakan rasa bangganya terhadap kualiti pemain yang dikeluarkan City ketika ini.