UMK bakal lahirkan lebih ramai doktor veterinar

Iklan
Mohamed Khalid (tengah) meninjau gerai pameran pada Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar UMK pada Rabu.

BACHOK - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menambah fasaliti di Fakulti Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam usaha melahirkan lebih ramai doktor veterinar pada masa hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini UMK hanya mampu mengambil 50 pelajar dalam bidang tersebut bagi satu-satu masa.

Iklan
Iklan

"Tetapi ia mungkin mengambil sedikit masa untuk disiapkan kerana ada masalah kelewatan dan KPT akan memberikan perhatian," katanya ketika sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu, beliau hadir merasmikan Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini.

Iklan

Hadir sama Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, sebaik sahaja masalah itu selesai, UMK akan dapat menambah bilangan pelajar dalam bidang veterinar.

Iklan

Menurutnya, UMK merupakan pusat pengajian tinggi awam yang mempunyai hospital veterinar selepas Universiti Putra Malaysia (UPM) dan turut berbangga apabila UMK telah berjaya melahirkan 400 doktor veterinar sehingga kini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KPT menerima cadangan UMK untuk menaik taraf pusat kecemerlangan keusahawanan kepada pusat kecemerlangan keusahawanan peringkat pengajian tinggi.

"Pusat ini akan menjadi panduan dan rujukan kepada semua universiti awam di seluruh negara.

"Ia akan membantu semua universiti tempatan menerapkan nilai keusahawanan dalam diri pelajar untuk menjadi usahawan," ujarnya.