Penganggur mengaku salah cederakan bapa guna pisau

Iklan
Muhamad Azmizal (dua dari kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Seksyen pada Rabu.

MELAKA - Seorang lelaki yang juga penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dekat sini pada Rabu kerana mencederakan bapa kandungnya menggunakan sebilah pisau pada minggu lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, pada tarikh 12 September depan bagi menunggu serahan fakta kes.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan di jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada sebelah kiri terhadap bapanya, Ahmad Adam, 68, dengan menggunakan sebilah pisau.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 4.45 pagi di bahagian dapur rumah di Kampung Air Hitam, Tanjung Minyak di sini pada 20 Julai lalu.

Iklan

Difahamkan insiden tersebut berlaku selepas bapanya menasihatkan tertuduh untuk berhenti menghidu gam yang boleh membawa kepada penagihan dadah.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon satu tarikh baharu untuk serahan fakta kes dan keputusan hukuman, manakala tertuduh yang memakai baju lengan panjang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian bersetuju dengan permohonan berkenaan.