Tuntut gergasi teknologi bayar kandungan berita kepada syarikat media
Iklan
Johan Jaaffar
SHAH ALAM - Kerajaan digesa mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dengan gergasi teknologi seperti Google dan Meta bagi menuntut supaya mereka membayar kandungan berita kepada syarikat media tempatan.
Menurut Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, langkah itu perlu dengan mengambil kira situasi semasa termasuk keuntungan yang diraih syarikat berkenaan melalui kandungan berita yang dikongsikan di pelbagai platformnya.
Iklan
Iklan
Ini kerana katanya, gergasi teknologi mengaut banyak keuntungan melalui perkongsian berita berkenaan, namun perkara sama tidak diterima syarikat media tempatan.
"Pengalaman di Australia dan Kanada menunjukkan bahawa untuk melaksanakan perkara ini (tuntut supaya gergasi teknologi bayar kandungan berita kepada syarikat media tempatan) memerlukan komitmen daripada kerajaan.
Iklan
"Saya fikir inisiatif ini mesti digerakkan oleh pemilik syarikat media tempatan bersama-sama kerajaan dan dalam konteks ini bagi saya kerajaan memainkan peranan yang sangat penting untuk memulakan rundingan (dengan gergasi teknologi)," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada Mei lalu memaklumkan pihaknya telah membawa pandangan umum wartawan mengenai keperluan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) bagi menuntut gergasi teknologi seperti Google dan Meta membayar kandungan berita kepada syarikat media tempatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Iklan
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pandangan itu diperoleh melalui beberapa perbincangan membabitkan organisasi media di Malaysia, selain turut dibincang di peringkat kementerian.
Terdahulu, Johan ketika menyampaikan ucaptama dalam Forum Media Kebangsaan 2023 'Media Sustainability: The Way Forward For Malaysia In The Digital Era' anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Selasa turut membangkitkan isu sama.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan berhubung gesaannya, beliau menjelaskan ketika ini belum ada sebarang rundingan dilakukan termasuklah daripada pihak kerajaan.
"Saya fikir setakat ini belum ada usaha ke arah itu (tetapi) ada cakap-cakap atau sekadar pandangan yang telah diberikan.
"Namun, saya fikir inisiatif ini tidak lagi digerakkan oleh kerajaan dan seperti yang saya tegaskan, di Kanada dan Australia, kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini," katanya.
Media pada Disember 2021 melaporkan, kerajaan Australia meluluskan undang-undang, iaitu platform digital seperti Meta dan Google dikehendaki membayar saluran media tempatan dan penerbit untuk memautkan kandungan mereka pada suapan berita atau dalam hasil carian.
Malah, difahamkan penggiat media Indonesia juga mencadangkan kepada kerajaannya untuk 'memaksa' syarikat teknologi gergasi untuk berunding dengan mereka, susulan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan Australia itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>