The 1975 biadab di Malaysia, perlu tindakan tegas - Mohd Na'im

Iklan
Mohd Na'im ketika ditemui pemberita elepas Perasmian Akademik Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) serta Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Baharu Institut Latihan Dakwah Yadim di Sungai Semungkis

HULU LANGAT - Tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap penganjur Good Vibes Festival 2023 susulan perbuatan biadab ahli kumpulan muzik antarabangsa, The 1975 yang bertentangan dengan budaya ketimuran dan agama diamalkan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, tindakan ahli kumpulan itu membuat aksi kurang sopan dan mabuk semasa melakukan persembahan jelas tidak sensitif dan tidak menghormati rakyat negara ini.

Iklan
Iklan

"Sebagai menteri agama dan menjaga hal ehwal agama, saya bersetuju dan mengharapkan satu tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur. Ini memastikan ia menjadi pengajaran kepada penganjur lain yang berhasrat menjemput kumpulan penghibur dari luar negara menjaga sensitiviti Malaysia," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita selepas Perasmian Akademik Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) serta Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Baharu Institut Latihan Dakwah Yadim di Sungai Semungkis di sini.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata, semua pihak terutama penganjur perlu mematuhi peraturan dan garis panduan sedia ada sebelum membawa masuk mana-mana kumpulan atau penghibur dari luar negara.

"Kita sudah ada garis panduan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut terbabit memberikan pandangan.

Iklan

"Saya harapkan penganjur yang berhasrat menjemput kumpulan atau penyanyi dari luar supaya mematuhi garis panduan dan peraturan yang ada," katanya.