AS pindah dana AS$57j ke akaun pemulihan aset 1MDB
Iklan
Tommy
PUTRAJAYA - Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pemindahan pertama dana sebanyak AS$57 juta ke akaun pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS.
Perkara tersebut disahkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Iklan
Iklan
Katanya, jumlah tersebut disita daripada Red Granite Pictures iaitu sebuah syarikat pembikinan filem berpangkalan di AS yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak tirinya, Riza Aziz serta lanjutan daripada penyelesaian sebanyak AS$60 juta yang direkodkan di Mahkamah California.
"Sejumlah AS$3 juta ditolak untuk membayar semula kos-kos yang telah dibelanjakan oleh DoJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bagi menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai penyelesaian untuk dana syarikat berkenaan.
Iklan
"Penolakan lain yang dimasukkan juga ialah kos-kos dibelanjakan oleh DoJ dan FBI untuk menyiasat, menyita dan memelihara Equanimity semasa kapal tersebut ditahan di perairan Indonesia sebelum dibawa ke negara ini," katanya.
Menurut Tommy, DoJ juga kini dalam proses untuk menghantar sejumlah AS$139 juta wang yang diperoleh hasil daripada jualan kepentingan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dalam Park Lane Holet di Manhattan.
Iklan
"Kesemua kos yang telah dibelanjakan oleh DoJ dan FBI untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai penyelesaian bagi aset Park Lane ini akan ditolak daripada wang penyelesaian tersebut dan bakinya dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB dalam masa terdekat.
"Dengan ini, Malaysia telah mendapat semula AS$322 juta (kira-kira RM1.3 bilion) nilai daripada aset-aset 1MDB sejak siasatan ke atasnya bermula secara efektif selepas PRU14," katanya.
Jelasnya, suatu jumlah lain sebanyak SGD$50 juta daripada dana berkaitan 1MDB telah diarahkan oleh Mahkamah Singapura untuk dihantar pulang ke Malaysia.
"Sejumlah SGD$15 juta telah dikreditkan ke akaun pemulihan aset 1MDB antara September 2018 hingga Mac tahun ini.
"Baki sebanyak SGD$35 juta akan dikreditkan tidak lama lagi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>