Tun M harap PN sapu bersih dalam PRN di enam negeri
Iklan
Orang ramai hadir ke Program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat. Gambar kecil: Dr Mahathir
KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi untuk memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
"Kita akan ada PRN, ada enam buah negeri akan ada PRN. Saya harap dapat sapu bersih.
Iklan
Iklan
"Kita semua orang Melayu, ramai yang berkata orang Melayu berpecah dan tak mungkin bersatu, tapi malam ini dapat lihat pemimpin parti-parti Melayu berkumpul di sini kerana nak memperjuangkan nasib dan masa depan negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir ke Program Munajat Rakyat Kelantan Ppakat Pertahan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.
Iklan
Ia merupakan kemunculan pertama negarawan ulung itu di pentas Perikatan Nasional (PN).
Hadir sama, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan PN peringkat pusat dan negeri.
Iklan
Menurut beliau, tidak mudah untuk orang Melayu menyerahkan pentadbiran kepada orang lain kerana mereka juga ada kebolehan untuk mentadbir.
Ujarnya, seluruh rakyat perlu keluar beramai-ramai untuk mengundi bagi mengalahkan calon lawan pada PRN nanti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>