Bell Ngasri terima anugerah khas daripada ERA

Iklan
Malam Healing ERA dihadiri lebih 500 pelajar KPTM yang turut mempersembahkan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air. - Foto ERA

PELAKON dan pelawak Bell Ngasri, atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, mengakui tidak sangka mendapat anugerah khas daripada stesen radio nombor 1 satu Malaysia, ERA.

Anugerah tersebut dedikasi khas buat Bell selepas berpuluh tahun dalam industri seni, daripada seusia kanak-kanak sehingga sekarang.

Iklan
Iklan

"Saya ingatkan saya dijemput ERA untuk menghiburkan penonton, tetapi rupa-rupanya saya mendapat pengiktirafan istimewa.

"Saya dengan ERA ini, lebih kepada urusan kerja, untuk rakam suara latar iklan di radio.

Iklan

"Saya amat bersyukur dan tidak mampu membalas jasa mereka yang sentiasa menyokong saya tidak henti-henti sepanjang saya bergelar anak seni,” kata Bell di Malam Healing ERA di Kolej Polytech Mara Bangi, malam Khamis.

Malam Healing ERA dihadiri lebih 500 pelajar KPTM yang turut mempersembahkan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air.

Iklan

Antara yang membuat persembahan termasuk Nabila Razali, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Fieya Julia, Amir Jauhari dan Saixse.

Persembahan nyanyian tersebut boleh ditonton semula menerusi platform Youtube Rasmi eradotjer. - AWANI