Maritim Terengganu lupus dua bot nelayan Vietnam

Iklan
Dua bot nelayan asing yang dilucut hak dimusnahkan menggunakan jengkaut. - Foto Maritim

KUALA TERENGGANU - Dua buah bot nelayan asing Vietnam dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu pada Khamis.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, pelupusan dibuat menggunakan jengkaut selepas mendapat perintah lucut hak daripada mahkamah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bot nelayan asing Vietnam tersebut sebelum ini ditahan kerana menceroboh perairan negara di bawah kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Mohd Khairulanuar berkata, pelupusan bot nelayan asing kali ini merupakan siri kelima yang diadakan agensi tersebut pada tahun ini melibatkan 12 buah bot.

Iklan

Jelas beliau, Maritim Malaysia sentiasa tegas dalam melaksanakan undang-undang di perairan negeri Terengganu, khususnya demi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan kedaulatan negara terpelihara.

"Kita turut memohon kerjasama daripada masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat perlakuan yang melanggar undang-undang dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999," ujarnya.

Iklan