Amirudin dicadang kekal MB Selangor jika PH-BN menang PRN

Iklan
Anwar

SABAK BERNAM - Menteri Besar' Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dicadang kekal memimpin Selangor sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Amirudin menunjukkan prestasi baik sepanjang mentadbir negeri ini.

Iklan
Iklan

"Suku tahun pertama menunjukkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus di Selangor paling tinggi berbanding China dan Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan pada Selasa.

Iklan

Anwar memberitahu, pelaburan ditunjukkan Selangor itu tidak termasuk peluang kerjasama dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk untuk melabur secara besar-besaran di Malaysia termasuk membuka ibu pejabat Tesla Inc di Cyberjaya.

"Sebab apa pelaburan masuk ke negara ini? Ini kerana politik kita stabil dan menarik pelabur untuk mengembangkan pelaburan di negara ini," katanya.

Iklan

Amirudin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 dan menjadi pemimpin ketiga di negeri ini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).