‘Orang ingat saya nak jadi artis’ - Rafizi
Iklan
Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Penglibatan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam rancangan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu Innovathon bukanlah mahu menjadi artis sebaliknya mewujudkan platform untuk rakyat serlahkan bakat.
Beliau berkata, rancangan itu diwujudkan adalah untuk mengaruspedanakan budaya inovasi dalam kalangan rakyat.
Iklan
Iklan
"Apabila rancangan realiti televisyen, Innovathon dilancarkan, ramai orang ingat saya nak jadi artis. Itu bukan tujuan saya buat Innovathon.
"Seperti yang saya sebut sebelum ini, masalah yang sudah lama dialami di Malaysia adalah kita ada banyak bakat tapi tiada platform ataupun peluang untuk serlahkan bakat-bakat masing-masing,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Isnin.
Iklan
Pada 6 Julai, Sinar Harian melaporkan, ASTRO dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melancarkan pertandingan realiti iaitu Innovathon yang bakal memulakan siaran pada 15 Julai.
Program yang memaparkan skil dan idea inovatif bagi mencari penyelesaian isu sosio ekonomi itu menyaksikan seramai 1,033 penyertaan dari seluruh negara merangkumi peserta termuda berusia 7 tahun sehingga paling tua, 73 tahun.
Iklan
Pada masa sama, Rafizi memberitahu menerusi rancangan berkenaan, ia membawa firma pemodal teroka untuk melihat idea dan inovasi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Katanya, inovasi dibawa oleh pelbagai lapisan masyarakat daripada yang paling muda sehingga dewasa.
"Kalau ada idea boleh terus mendapat pelaburan yang penting produk itu ada kekuatan teknikal dan ada nilai pasaran,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>