Dua penunggang maut dirempuh SUV
Iklan
MELAKA - Seorang remaja dan kerani wanita maut selepas motosikal yang ditunggang kedua-dua mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pulai Gadong di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi, mangsa Nur Azrin Noriman,18, menunggang motosikal jenis Honda EX5, manakala Nurul Rahimah Samad, 32, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15, masing-masing dari arah Pulau Gadong menghala ke arah Klebang.