Lelaki mengaku salah rogol, seks luar tabii budak 13 tahun

Iklan
Tertuduh ketika di Mahkamah Sesyen Muar pada Ahad.

MUAR - Seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad, atas pertuduhan merogol, persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun pada minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol tanpa kerelaan seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun di dalam kereta Proton Persona di hadapan kedai makan di sebuah rumah flat di Kluang.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan pada 8 Julai antara jam 8 malam hingga 9.30 malam.

Iklan

Bagi kesalahan rogol tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii, dia didakwa di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Iklan

Bagi pertuduhan amang seksual pula, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Danial memohon mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan satu jenayah berat dan serius.

Hakim kemudian menetapkan 24 Julai ini untuk tarikh jatuh hukum dan mengemukakan fakta kes.