ANGGOTA kumpulan Blackpink, Jisoo terus meraih perhatian ramai apabila lagu solonya berjudul Flower mencipta kejayaan demi kejayaan.
Tidak hanya menjadi antara penyanyi solo wanita K-Pop dengan lagu terpantas melepasi 200 juta aliran dalam laman penstriman, Spotify, tetapi Jisoo, 28, turut mencipta rekod tersendiri apabila lagu nyanyiannya itu menjadi single digital paling laris di China.