PRN: Elak kata-kata renggangkan perpaduan ketika kempen

Iklan
Aaron hadir Program Kembara Perpaduan Permerkasaan Projek Ekonomi Komuniti Negeri Pahang 2023 di KRT Cenderawasih Utara pada Khamis.

KUANTAN - Pemimpin politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dinasihatkan supaya menjaga keharmonian dan tidak menyebar fitnah kerana tindakan itu boleh merenggangkan ikatan perpaduan kaum.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, suhu politik negara didakwa terlalu liberal sehingga ada segelintir pemimpin politik sanggup memperlekehkan calon lain.

Iklan
Iklan

Tegasnya, tindakan itu secara jelas boleh mencalarkan semangat perpaduan masyarakat umum.

"Politik boleh, tapi yang lebih baik. kalau kita berceritakan berkenaan manifesto untuk membangunkan negara negeri itu lebih bagus bukan fitnah memfitnah," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kembara Perpaduan Permerkasaan Projek Ekonomi Komuniti Negeri Pahang 2023 di KRT Cenderawasih Utara, pada Khamis.

Aaron yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak menambah isu perpaduan tidak boleh dipandang remeh oleh pemimpin politik kerana Malaysia mempunyai kepelbagaian, kaum, budaya, agama dan bahasa.

Iklan

Justeru, ahli politik perlu sentiasa berusaha mengekalkannya demi keharmonian sejagat.