Jawatankuasa Pilihan Khas bincang pelantikan utama perkhidmatan awam
Iklan
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam dijadualkan akan bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman pada hari Selasa, 7 Mei ini untuk membincangkan tentang pelantikan Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga akan bermesyuarat pada tarikh yang akan ditetapkan untuk membincangkan tentang pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.