MITI sedia mudah cara terhadap potensi pelaburan dalam negara

Iklan
Tengku Zafrul

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedia untuk memudah cara sekiranya ada potensi pelaburan untuk dilakukan dalam negara.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau membuka ruang kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau mana-mana pihak sama kerajaan atau pembangkang untuk membawa masuk pelaburan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya ada potensi pelaburan sebanyak RM500 bilion, RM500 juta atau RM50 juta, MITI sudi untuk memudah cara pelaburan tersebut,” katanya.

Pada 8 Julai, Sinar Harian melaporkan, Dr Mahathir mendakwa ada individu yang mahu melabur di Pulau Langkawi sebanyak RM500 juta tetapi tiada menteri yang sudi berjumpa dengannya.

Iklan
Iklan

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, disebabkan tidak dilayan, pelabur berkenaan pergi ke Indonesia, Vietnam dan Filipina.