Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini

Iklan

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi kenyataan memaklumkan, semakan boleh dibuat menerusi tiga kaedah iaitu di sekolah masing-masing, pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM No.K/P Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Iklan
Iklan

"Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada sehingga jam 12 tengah hari Ahad," kata kenyataan itu pada Selasa.

Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan STPM Tahun 2022 di 659 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan 5,668 petugas peperiksaan dilantik.

Iklan
Iklan