PRN: PN yakin sokongan fenomena manusia 'melaut'

Iklan
Muhyiddin (tengah) hadir ke majlis pelancaran jentera pilihan raya PN Negeri Sembilan sempena PRN pada 12 Ogos.

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) yakin akan mendapat sokongan rakyat Negeri Sembilan dan menuju ke ambang kemenangan apabila fenomena manusia 'melaut' hadir ke pelancaran jentera pilihan raya parti itu sempena pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia amat penting untuk mendapat mandat rakyat dalam memilih pemimpin bagi menentukan masa depan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pilihan raya bukan sekadar untuk menentukan wakil rakyat tetapi lebih kepada memilih sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab, amanah, tidak rasuah, mendukung perlembagaan, adil dan saksama selain sentiasa berusaha memajukan ekonomi negeri.

"Saya juga tegaskan bahawa PRN di Negeri Sembilan dan lima negeri lain merupakan referendum atau pungutan rasmi suara rakyat enam negeri sama ada mahu melihat kerajaan Putrajaya kekal atau sebaliknya," jelasnya menerusi laman Facebook pada Isnin.

Iklan

Tambah beliau, kerajaan PH-BN sanggup berbohong kepada rakyat dengan memberi gambaran yang cantik dan baik sedangkan realiti di bawah tidak sedemikian.

"Setelah lebih tujuh bulan memerintah, kita semua boleh lihat dan menilai apa yang kerajaan campuran PH-BN lakukan untuk rakyat selain berpolitik tanpa mengira tempat dan masa.

Iklan

"Kos sara hidup terus meningkat dan mencengkam hidup rakyat, ekonomi merudum, ringgit menjunam ke paras membimbangkan tetapi kerajaan dilihat tidak berbuat apa-apa," ujarnya.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak menyangka setelah lebih tujuh bulan memerintah, masalah kerajaan campuran PH-BN ini begitu besar daripada yang dijangka.

"Justeru saya menyeru seluruh rakyat agar dapat keluar mengundi dan menjadikan PRN ini sebagai satu pungutan suara rasmi rakyat menolak sebuah kerajaan ‘cakap tak serupa bikin’ yang banyak menyusahkan hidup rakyat.

"Sekali lagi saya berpesan, walaupun PN berada dalam serba kekurangan, jangan sesekali mudah putus asa, terus berusaha perhebatkan jentera pilihan raya, insya-ALLAH kemenangan akan menjadi milik kita," katanya.