Pemain dram Blues Gang meninggal dunia

Iklan
Pemain drama yang juga pengasas bersama kumpulan Blues Gang, Shaikh Karim meninggal dunia kira-kira jam 1.45 petang, pada Isnin.

PEMAIN drama yang juga pengasas bersama kumpulan Blues Gang, Shaikh Karim meninggal dunia kira-kira jam 1.45 petang, pada Isnin.

Berita duka itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram Blues Gang Official.

Iklan
Iklan

Allahyarham yang berusia 69 tahun telah lama bergelut dengan masalah kesihatan.

"Pemain dram band blues legenda ini telah lama bergelut masalah kesihatan tetapi masih memberi komitmen tinggi setiap kali Blues Gang ada persembahan,” tulis wakil laman itu menerusi ruangan kapsyen.

Iklan
Foto kenangan Allahyarham Karim (kanan) ketika persembahan AJL37 Februari lalu.

Difahamkan Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis, tetapi dimasukkan ke hospital setelah terjatuh ketika keluar daripada kereta dan berada dalam keadaan koma sejak dua hari lalu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Bukit Indah, Ampang.

Iklan

Selain Karim dan Ito, Blues Gang kini turut dianggotai Ghani (keyboard) dan Julian Mokhtar (gitar).

Seorang lagi pengasas Blues Gang dan pemain bass, Jim Mandasamy meninggal dunia pada 2018.