Kerugian akibat penipuan FB, IG cecah RM302 juta - Nie Ching

Iklan
Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Nie Ching - Foto Bernama)

KULAI - Rakyat Malaysia mengalami kerugian mencecah RM302 juta akibat menjadi mangsa penipuan dalam talian menerusi platform Facebook (FB) dan Instagram (IG) bagi tempoh 2021 sehingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, kerugian yang direkodkan menerusi penipuan yang mengguna pakai platform Facebook ialah RM232 juta manakala Instagram ialah RM70 juta.

Iklan
Iklan

"Kami juga telah mengadakan pertemuan dengan Meta (Facebook dan Instagram) jadi kami memang hendak buktikan bahawa masalah penipuan ini yang mengguna pakai platform mereka memang isu yang serius.

"Instagram pula, walaupun jumlah lebih kecil namun pada 2021, kerugian adalah RM20 juta, diikuti RM25 juta (2022) manakala bagi tempoh enam bulan tahun ini direkodkan sama (seperti tahun lepas) iaitu RM25 juta,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi menyerahkan sumbangan bernilai RM6,000 kepada Ultimate MMA Fitness & Self Defense dekat sini pada Ahad.

Justeru, Nie Ching menasihati pengguna media sosial lebih peka dan menjadi digital literasi atau kebijaksanaan digital untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Iklan

"Kita juga sudah hantar satu mesej yang sangat jelas kepada wakil mereka (Meta) semasa perjumpaan baru-baru ini, dan mereka (Meta) berjanji untuk menambah baik usaha daripada segi ini dan kita nampak usaha ini supaya isu scammer ini tidak menjadi berleluasa,” kata Ahli Parlimen Kulai itu. - Bernama