Penghargaan buat pembaca Sinar Harian
Iklan
Nik Justin Nik Mohd Ariffin
SHAH ALAM - Sinar Harian yang bakal menyambut ulang tahun ke-17 pada 31 Julai ini berbesar hati memberikan penghargaan kepada pembacanya menerusi Cabaran #Sinar17 dengan menawarkan hadiah berupa wang tunai yang boleh dimenangi setiap minggu sepanjang bulan ini.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, lima pembaca bertuah berpeluang memenangi RM100 setiap seorang pada setiap minggu dan berpotensi memenangi hadiah utama wang tunai sebanyak RM1,000 berserta hadiah istimewa.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, orang ramai boleh menyertai Cabaran #Sinar17 dengan membeli akhbar Sinar Harian di stesen minyak Petronas atau Shell dan ambil gambar atau rakam video, kemudian memuat naik di media sosial Facebook, Instagram atau TikTok.
"Tiga tahun sebelum ini kita anjurkan Peraduan Kumpul dan Menang Sinar Harian tetapi tahun ini kita tampilkan kelainan dengan cabaran baharu yang lebih relevan serta seimbang antara pembaca akhbar dan digital.
Iklan
"Sinar Harian mengalu-alukan sebanyak mungkin penyertaan dan marilah sama-sama meriahkan cabaran ini sebagai tanda sokongan anda kepada kami agar Sinar Harian terus unggul dalam memperkasakan suara rakyat dengan memberikan kandungan berita yang telus dan tulus,” katanya di sini pada Jumaat.
Menurut Nik Justin, pembaca yang ingin menyertai Cabaran #Sinar17 perlu memuat naik gambar atau video kreatif yang menunjukkan bagaimana akhbar Sinar Harian sentiasa relevan dan menjadi sebahagian dalam hidup mereka.
Iklan
Jelasnya, setiap gambar atau video yang dimuat naik perlu disertakan dengan kapsyen menarik termasuk #Sinar17 dan tag lima rakan lain.
"Kita juga galakkan peserta menggunakan lagu tema Sinar Harian sebagai muzik latar. Pastikan akaun media sosial dalam mod awam,” jelasnya.
Tiada had penyertaan dan tarikh tutup pada 30 Julai ini.
Pengumuman pemenang akan disiarkan di akhbar Sinar Harian pada setiap Isnin bermula 10 hingga 31 Julai dengan memaparkan gambar hantaran dan kapsyen peserta yang terpilih.
Pemenang utama dan empat pemenang sagu hati (RM500 dan hadiah istimewa) pula akan diumumkan pada 31 Julai ini.
Maklumat lanjut boleh hubungi WhatsApp 019-2133355 (8.30 pagi hingga 5 petang) Isnin hingga Jumaat.
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.