China kuat kuasa larangan import produk makanan laut dari jepun

Iklan
Pengarah Urusan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Rafael Grossi (kiri), menyerahkan laporan penuh rancangan untuk mengalirkan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke laut kepada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. - Foto AFP

ISTANBUL - China pada Jumaat menguatkuasakan larangan mengimport produk makanan dari Jepun, terutamanya berasaskan makanan laut ketika Tokyo meneruskan rancangan untuk mengalirkan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke laut, lapor akhbar Global Times.

Beijing melarang import makanan dari 10 wilayah di Jepun termasuk Fukushima, menurut Pentadbiran Am Kastam China.

Iklan
Iklan

Langkah itu bertujuan untuk menghalang pengimportan"makanan tercemar radioaktif" dari Jepun dan memastikan keselamatan makanan untuk rakyat China, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar itu.

Sementara itu, pihak kastam menjelaskan bahawa import makanan terutama berkaitan produk akuatik dari kawasan lain di Jepun,"kami akan mengkaji semula dengan teliti dokumen pengesahan, memperkuatkan pengawasan, melaksanakan pemeriksaan 100 peratus dengan ketat, dan terus meningkatkan pemantauan bagi mengesan bahan radioaktif."

Iklan

Jepun merancang untuk mengalirkan air radioaktif terawat pada musim panas ini. - Bernama-Anadolu

Iklan