Hampir separuh bekalan air paip di AS dicemari bahan kimia - Kajian
Iklan
LOS ANGELES - Hampir separuh bekalan air paip di Amerika Syarikat tercemar dengan bahan kimia yang dikenali sebagai 'bahan kimia kekal', menurut kajian terkini daripada Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environment International edisi Ogos, pendedahan terhadap bahan"per- and poly-fluoroalkyl” (PFAS), juga dikenali sebagai 'bahan kimia kekal' dikesan dalam air minuman merupakan kebimbangan kesihatan global, lapor Xinhua.