MA63: Azis pelawa Armizan debat, Sinar Harian jadi moderator
Iklan
Mohd Azis, Armizan
KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman mempelawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berdebat secara bersemuka mengenai isu yang dibangkitkan dalam tuntutan Sabah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Sepanggar itu mahu beberapa dokumen berkaitan Jawatankuasa Khas Kabinet (JKK) MA63 diklasifikasikan terlebih dahulu untuk diedarkan kepada umum.
Iklan
Iklan
"Diklasifikasikan dokumen atau surat berkaitan, baru cabar saya debat dengan Datuk Armizan. Berhenti 'spin', berhenti buat kenyataan U-turn tentang 17 perkara.
"Jawapan anda di Parlimen itu jelas menunjukkan status tuntutan itu sewaktu Warisan dan Pakatan Harapan (PH) Plus memerintah. Jangan kelirukan rakyat, anda sepatutnya mewakili Sabah bukan Semenanjung.
Iklan
"Diklasifikasikan dokumen-dokumen itu, jangan pilih-pilih surat mana mahu diklasifikasikan. Kalau mahu di klasifikasi, di klasifikasi semua, kalau berani semua dokumen, kita lihat siapa pengkhianat," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Ujar Mohd Azis, beliau sanggup datang ke Kuala Lumpur sekiranya pelawaan itu diterima menteri berkenaan.
Iklan
"Apabila semua dokumen telah diklasifikasikan, mari tetapkan tarikh dan bawa semua dokumen untuk kita edarkan kepada semua penonton, termasuk di semua media sosial," katanya.
Dalam hantarannya itu juga, beliau turut menyenaraikan lima dokumen yang perlu diklasifikasikan dan didedahkan kepada umum semasa debat berlangsung.
"Minit Mesyuarat Jawatankuasa MA63 sejak zaman Barisan Nasional (BN), PH Plus, Perikatan Nasional (PN) dan sehinggalah Kerajaan Perpaduan.
"Minit Mesyuarat Badan Kehakiman sejak zaman PH Plus, PN dan sehinggalah Kerajaan Perpaduan. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Warga Asing Sabah sejak zaman BN, PH Plus, PN dan sehinggalah Kerajaan Perpaduan.
"Surat yang ditulis oleh Ketua Menteri Sabah zaman Warisan berkenaan persetujuan Geran Khas RM56 juta dan minit mesyuarat atau surat mengenai persetujuan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terhadap formula baharu geran khas yang membawa kepada pengeluaran warta baharu tahun 2022 mengenai geran khas zaman GRS," katanya.
Armizan pada Selasa menafikan 17 daripada 21 tuntutan Sabah dalam MA63 sudah diselesaikan seperti didakwa pemimpin daripada Warisan.
Isu itu dibangkitkan oleh Mohd Azis dan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majlis semasa sesi bicara secara langsung di laman sosial Facebook yang mendakwa Armizan ada menyatakan bahawa 17 perkara itu telah selesai semasa sidang Parlimen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>