KWSP pertimbang mekanisme pencen bantu pencarum
Iklan
SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mempertimbangkan perubahan kepada mekanisme berupa pencen dalam usaha membantu ahli mempunyai pendapatan pasca persaraan yang lebih stabil.
Menurutnya, ia seiring dengan usaha semasa badan pencarum tersebut dalam menggalakkan ahli untuk memilih pengeluaran bulanan berkala berbanding pilihan pengeluaran penuh.
Iklan
Iklan
Justeru, sekiranya kaedah berkenaan berjaya direalisasikan, sebahagian daripada simpanan mereka sehingga had tertentu akan ditukar kepada pendapatan bulanan manakala baki selebihnya boleh dikeluarkan secara banyak.
"Pada 2022, lebih 7,000 ahli telah memilih secara sukarela kaedah pengeluaran bulanan ini. Proses untuk menguatkuasakan mekanisme pengeluaran berkala ini sedang diteliti dan akan mengambil kira keupayaan dan kesiapsiagaan ahli untuk melakukan transisi ini.
Iklan
"KWSP percaya bahawa transisi ini adalah perlu berikutan peningkatan purata jangka hayat rakyat Malaysia daripada 54 tahun pada 1957 kepada 75 tahun hari ini,” kata perbadanan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Ujarnya, ia bagi mengelakkan kemiskinan hari tua dan mengagihkan pendapatan yang lebih tetap sepanjang tempoh persaraan.
Iklan
KWSP menambah, pihaknya komited untuk mengambil pendekatan pragmatik dan praktikal terhadap cadangan penambahbaikan polisi, seterusnya mengimbangi keperluan ahli semasa dengan keperluan untuk mengekalkan kecukupan simpanan selepas bersara.
"KWSP akan memaklumkan sebarang perubahan berkaitan polisinya kepada ahli yang terlibat sebelum perubahan ini berkuat kuasa,” maklum perbadanan tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>