1MDB jejaskan semua rakyat Malaysia: Wan Azizah
Iklan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ceramahnya pada majlis ceramah umum Pilihan Raya Kecil Parlimen P186 Sandakan di gelanggang Futsal Kampung Sim Sim hari ini. Foto: Bernama
SANDAKAN - Kesedaran tentang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah penting kerana skandal itu menjejaskan rakyat di negara ini termasuk rakyat di Sandakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Beliau berkata skandal itu telah menjejaskan peruntukan dalam belanjawan negara, yang sepatutnya boleh digunakan untuk membangunkan lagi Sabah.
Iklan
Iklan
"Ada kaitannya (kesedaran tentang skandal 1MDB kepada penduduk di Sabah).
"Orang mungkin tidak tahu... tetapi disebabkan skandal itu, kita kehilangan banyak wang," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita ketika berkempen untuk calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Sandakan di sini.
Iklan
Wan Azizah diminta mengulas mengenai ceramah oleh bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Pulau Berhala di sini semalam. Pandikar, yang berada di sini untuk berkempen bagi calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin, memberitahu penduduk di pulau itu bahawa skandal 1MDB tidak relevan kepada rakyat di Sandakan.
Wan Azizah berkata tindakan Pandikar adalah tidak bertanggungjawab dan bahawa rakyat di seluruh negara perlu tahu skandal itu yang mendapat perhatian seluruh dunia.
Iklan
Mengenai Wong, Timbalan Perdana Menteri mahu penduduk Sandakan memastikan Wong memenangi pilihan raya kecil itu kerana negara memerlukan lebih ramai pemimpin muda untuk menyuarakan masalah mereka di Parlimen. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>