Rizab negeri kukuh, pelbagai program dilaksana - MB
Iklan
Amirudin
PETALING JAYA - Rizab simpanan negeri yang mencecah RM3.4 bilion membolehkan pelbagai inisiatif diperkenal kerajaan negeri Selangor untuk kesejahteraan rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antaranya menerusi program Jualan Ehsan Rahmah iaitu kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat serta Skim Insurans Am Selangor (Insan) dimanfaatkan seramai enam juta rakyat Selangor.
Iklan
Iklan
Menteri Besar menjelaskan Selangor turut memperkenalkan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bagi mengatasi pencemaran dijangka siap Oktober ini selain projek tebatan banjir serta baik pulih jalan membabitkan peruntukan RM300 juta.
"Ia sekali gus mematahkan dakwaan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa rizab tinggi dicatat pentadbiran ini tidak dibelanjakan untuk rakyat.
Iklan
"Dulu rizab kita jatuh sampai RM2.14 bilion, sekarang naik jadi RM3.29 bilion dan angka terbaru saya dapat RM3.4 bilion. Dia (Azmin) cakap tak guna rizab banyak, tak belanja untuk rakyat,” katanya pada Jelajah Madani di Taman Medan di sini pada Selasa malam.
Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu berkata, simpanan kukuh itu membuktikan pentadbiran negeri mengamalkan pengurusan perbelanjaan berhemah dan berhati-hati.
Iklan
"Minggu depan saya nak tunjuk berapa banyak dia (Azmin) belanja dan berapa banyak saya belanja.
"Saya buktikan dengan perbelanjaan berhemah dan berhati-hati untuk pastikan wang rakyat tidak sesuka hati digunakan. Kita ada simpanan kukuh dan kita belanja cukup untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>