‘Syed Saddiq okay, Melayu lain tak okay’ - Tun M

Iklan
Tun Mahathir, Syed Saddiq

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membidas idea negara kepelbagaian kaum yang dibawa Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ujar Mahathir, ia secara tidak langsung akan memberi kesan negatif terhadap identiti bangsa Melayu.

Iklan
Iklan

"Definisi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu.

Syed Saddiq sebelum ini membidas kenyataan Mahathir yang mengatakan mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan ‘kemelayuan Malaysia’.

Iklan

Jelas beliau, kemerdekaan dicapai adalah melalui perpaduan penduduk yang pelbagai, merentasi sempadan kaum dan agama.

Mahathir sebelum itu berkata, tidak pernah terjadi dalam sejarah kaum imigran menuntut negara yang memberikan hak kerakyatan kepada mereka untuk membuang status quo.

Iklan

Namun ujar beliau, terdapat usaha untuk membuang ketuanan Islam dan Melayu daripada Malaysia.