Syed Saddiq bidas kenyataan Tun M

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Syed Saddiq

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan ‘kemelayuan Malaysia’.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kemerdekaan dicapai adalah melalui perpaduan penduduk yang pelbagai, merentasi sempadan kaum dan agama.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, Sabah dan Sarawak yang menyertai pembentukan negara ini sebagai rakan kongsi turut menunjukkan komitmen secara keseluruhan serta inklusif.

"Hari ini rakyat Malaysia mengutamakan identiti nasional bersama mereka daripada mana-mana etnik atau tanah air nenek moyang.

Iklan

Portal media tempatan sebelum ini melaporkan, Dr Mahathir Mohamad mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menekankan ‘kemelayuan Malaysia’.

Beliau turut mempersoalkan pendirian Kerajaan Perpaduan yang melaungkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

Iklan

Dalam Pada itu, Syed Saddiq berkata, kesetiaan rakyat terletak kepada negara sebagai bukti kekuatan perpaduan.

"Malaysia tanah tumpah darahku,” katanya.