Wanita Vietnam tetak buruh disambung reman

Iklan
Loporan Sinar Harian Ahad lalu

LUMUT - Reman seorang wanita warga Vietnam yang disyaki membunuh seorang buruh di sebuah ladang kelapa sawit di Ayer Tawar, Manjung disambung selama enam hari sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, lanjutan reman suspek berusia 38 tahun itu dilakukan bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

"Kita akan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek yang juga seorang suri rumah ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan seorang lelaki pada 24 Jun lalu.

Iklan

Mangsa yang berusia 38 tahun ditemui terbaring dan hasil bedah siasat mendapati, punca kematian akibat luka tetakan di bahagian kepala telah membelah tengkorak mengenai otak.

Siasatan polis turut menjumpai dua batang besi cangkuk tandan kelapa sawit, sebatang besi, satu jaring kutip buah lerai sawit, sehelai tuala serta sebuah motosikal berada berdekatan dengan mangsa.

Iklan