Bekas ALP KLSCAH didenda RM6,000 aib anak pemimpin veteran MCA

Iklan
Kwi Seng didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan mengaibkan kehormatan anak seorang pemimpin veteran MCA, dengan menghantar video lucah, dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Yeo Kwi Seng didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas satu pertuduhan mengaibkan kehormatan anak seorang pemimpin veteran MCA, dengan menghantar video lucah, dua tahun lalu.

Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Kwi Seng, 69, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah, ketika prosiding dijadualkan untuk sebutan kes pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah sebelum ini menetapkan Isnin sebagai prosiding hari pertama perbicaraan kes dengan mangsa, Pei Huan memberi keterangan.

Bagaimanapun, dia dimaklumkan kes berkenaan tidak berlangsung sebagaimana dijadualkan kerana tertuduh telah menukar pengakuan kepada bersalah pada minggu lalu.

Iklan

Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin sementara tertuduh diwakili peguam, Kitson Foong.