Jelaskan kepada rakyat jika wujud rasuah - Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq - Foto Bernama

SHAH ALAM - Siasatan mendalam perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkaitan susulan dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bahawa wujud unsur rasuah di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut meminta supaya penjelasan diberikan kepada rakyat sekiranya isu tersebut benar-benar berlaku.

Iklan
Iklan

"Tiada tempat bagi rasuah. Isu ini telah menimbulkan pelbagai cerita," katanya pada Sabtu

Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO dalam satu kenyataan meminta King Sing memberi penjelasan sama ada Notis Tolak Kemasukan (NTL) telah dikeluarkan ke atas individu yang ditahan di KLIA atas faktor dokumen tidak lengkap.

Iklan

Gesaan tersebut dibuat susulan pengakuan menteri berkenaan yang terlibat dalam insiden kekecohan di KLIA baru-baru ini.

Menurutnya, dakwaan berkaitan wujudnya kegiatan rasuah di pintu masuk negara itu adalah satu tuduhan yang berat dan perlu dijawab oleh Jabatan Imigresen (JIM).

Iklan

King Sing pada Jumaat tampil mempertahankan diri selepas laporan sebuah portal mendedahkan seorang menteri menyalah guna kuasa dan membuat kecoh menuntut pelawat China yang ditahan imigresen dibebaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony