Jadi pengundi bijak, jangan tertipu politik muslihat - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita pada Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Pantai Penunjuk Kijal pada Sabtu. - Foto Bernama
CHUKAI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu mengingatkan para pengundi dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi agar membuat pilihan yang bijaksana semasa mengundi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pengundi diharapkan tidak mudah tertipu dengan pelbagai 'politik muslihat' yang dibawa pembangkang, semasa BN memberikan lebih tumpuan kepada 'politik pembangunan' demi kesejahteraan rakyat.
Iklan
Iklan
"Apa yang kita buat selama ini tertumpu kepada politik pembangunan, tapi puak sana (pembangkang) politik penipuan. Akhirnya penipuan yang dirancang itu jadi kemenangan, pembangunan yang kita buat orang lupakan, itulah hakikatnya,” katanya.
Berucap di Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat BN di Pantai Penunjuk, Kijal dekat sini, pada Sabtu, Presiden UMNO itu berkata, pengundi di Terengganu ini khususnya, tidak boleh lagi tewas dengan penipuan.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kumpulan pengundi muda amat penting kerana pada asasnya jumlah golongan itu mencecah 50 peratus, dan beliau menekankan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memahami cita rasa dan mendengar denyut nadi anak muda. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>