Fowler bimbing kelab Arab Saudi

Iklan
Fowler dilaporkan mengikat kontrak selama setahun bersama Al-Qadsiah. - Foto Twitter Al-Qadsiah

KELAB Arab Saudi giat memancing nama bola sepak Eropah apabila melantik bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler untuk membimbing pasukan divisyen dua Arab Saudi, Al-Qadsiah.

Pasukan itu yang menamatkan saingan di tempat ke-11 musim lalu, memuat naik di Twitter gambar jurulatih berusia 48 tahun itu sedang menandatangani kontrak.

Iklan
Iklan

Kelab berkenaan yang tersingkir daripada saingan Liga Pro pada 2020/2021 bagaimanapun tidak menjelaskan maklumat mengenai kontrak, namun media tempatan melaporkan ia untuk satu musim.

Selain Liverpool, Fowler pernah bermain untuk beberapa kelab lain termasuk Leeds United dan Manchester City.

Iklan

Dia merupakan salah seorang penyerang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris menerusi ledakan 183 gol daripada 369 aksi sepanjang dua musim bersama Liverpool.

Sepanjang bergelar pemain, Fowler turut bermain bersama England sebanyak 26 kali.

Iklan

Bagaimanapun Fowler gagal meraih kejayaan dalam kerjaya kejurulatihannya semasa mengendalikan kelab Thailand, Muangthong United, Brisbane Roar (Australia) dan East Bengal (India).