Terma musuh ALLAH kerana berbeza parti perlu dipadam - Khairuddin

Iklan
Mohd Khairuddin. Laporan Sinar Harian pada Selasa

SHAH ALAM - Terma seperti musuh ALLAH, musuh perjuangan agama dan melabelkan mereka yang berbeza parti akan ke neraka perlu dipadamkan dalam politik demokrasi persaingan pilihan raya lebih-lebih lagi melibatkan sesama orang Islam.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, semua pihak perlu berkempen secara harmoni menerusi dakwah yang lunak dan berhemah bagi menampilkan kelebihan parti masing-masing.

Iklan
Iklan

"Saya mengalu-alukan tindakan segera pihak berkuasa dalam isu seperti terma musuh ALLAH ini.

"Ini menjadi ingatakan kepada para pemimpin agar lebih berhemah ketika berkempen ketika Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya menerusi hantara di Facebook pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas makluman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa polis telah membuka kertas siasatan berhubung laporan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Pas Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli yang didakwa mengeluarkan kenyataan berkaitan ‘Musuh ALLAH’ dalam program Himpunan Kedah Berselawat baru-baru ini.

Menurut Khairuddin, perkara tersebut boleh membantu mengharmonikan kaedah dan suasana berkempen pada PRN agar berjalan dalam semangat ukhuwah persaudaraan Islam dan warga Malaysia.

Iklan