Projek tebatan banjir di Sandakan siap September ini
Iklan
SANDAKAN – Satu daripada dua projek tebatan banjir di Sandakan dijadualkan siap September ini, manakala satu lagi dijangka bermula dalam tiga bulan lagi.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata Projek Saliran Mesra Alam Parit Batu 7 Sungai Sibuga di sini, yang menelan belanja RM21 juta, kini kira-kira 88 peratus siap dan bakal mengurangkan masalah banjir di kawasan sekitar.