Seorang maut bangunan 13 tingkat di Mesir runtuh
Iklan
KAHERAH - Seorang maut selepas bangunan 13 tingkat runtuh di bandar Iskandariah di utara Mesir, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mayat ditemukan petang Isnin, beberapa jam selepas runtuhan ketika penyelamat bertungkus lumus mengalihkan serpihan dan mencari mangsa.