KKR laksana 297 projek guna kaedah BIM, IBS
Iklan
Nanta (tiga dari kanan) yang melihat gambar rajah Jejambat Wakaf Bharu yang siap dan dibuka pada Isnin.
TUMPAT - Kementerian Kerja Raya (KKR) melaksanakan 297 projek pembinaan bangunan dan jalan raya menggunakan kaedah Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penggunaan BIM dan IBS dalam projek-projek itu mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan selain menjimatkan kos.
Iklan
Iklan
"Sistem premium ini sangat membantu kerana dalam mengelakkan percanggahan reka bentuk pembinaan pada peringkat awal.
"Penggunaan BIM dan IBS membolehkan projek dilaksanakan dengan lebih lancar selain mengurangkan penglibatan tenaga buruh asing kerana lebih penggunaan teknologi," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Jejambat Wakaf Bharu di sini pada Isnin.
Iklan
Nanta berkata, cadangan penggunaan kedua-dua kaedah itu secara maksimum dalam sektor pembinaan mendapat kerjasama strategik antara kementerian dan agensi-agensi yang relevan.
"Kami mengadaptasi teknologi sektor pembinaan sedia ada sebanyak 85.3 peratus bagi projek awam serta 81 peratus bagi projek swasta secara BIM dan IBS.
Iklan
"Saya yakin inisiatif untuk mencapai tahap adaptasi teknologi IBS dan BIM kepada 100 peratus akan tercapai menerusi sokongan padu semua pihak,” ujarnya.
Tambah beliau, projek rintis pertama BIM bagi pembangunan jalan raya yang berjaya disiapkan ialah Jejambat Wakaf Bharu dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor di Wakaf Bharu di sini sepanjang 470 meter dan mula dibuka kepada orang ramai pada Isnin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>