Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan

Iklan
Anifah

LABUAN - Bekas Menteri Luar, Senator Tan Sri Anifah Aman dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

LC dalam kenyataan pada Isnin berkata, pelantikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu susulan kekosongan jawatan berkenaan sejak pertengahan tahun lepas.

Iklan
Iklan

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan merangkap Setiausaha PKR Sabah, Simsudin Sidek akan bergandingan dengan Anifah dalam barisan baharu sebagai Timbalan Pengerusi.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar mengekalkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah LC sehingga 6 Oktober 2025.

Iklan

Ahli perniagaan Datuk Seri Liew Shan Wen juga dilantik seorang daripada ahli lembaga LC.

Timbalan Ketua UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat LC dan Ketua Wanita UMNO Labuan, Niswati Tarji seorang daripada ahli majlis itu.

Iklan

Baki empat jawatan ahli majlis itu masih belum diumumkan.

Jawatan timbalan pengerusi majlis telah dibatalkan bagi penggal 2023-2025 ini. - Bernama