Boeing 737 tergelincir masuk sungai

Iklan
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.40 malam (waktu tempatan).

TALLAHASSEE- AMERIKA SYARIKAT. Sebuah pesawat Boeing 737 dilaporkan tergelincir dari landasan dan masuk ke dalam sungai di Stesen Tentera Laut Florida, menurut pihak berkuasa, semalam.

Kesemua 143 penumpang termasuk kru dari Teluk Guantanamo di Cuba itu bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Seramai 21 penumpang dewasa dibawa ke hospital tempatan. Kebanyakan mereka tidak mengalami kecederaan serius," kata Pejabat Syerif Jacksonville menerusi Twitter.

Pasukan keselamatan termasuk kira-kira 90 anggota bomba turut dikerah ke lokasi kejadian.

Iklan

Imej menunjukkan sebahagian pesawat itu tenggelam di dalam air.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang cuba mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke Sungai St Johns. - AFP

Iklan