KUALA LUMPUR - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Iklan
Iklan
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tanpa mengharapkan jumlah kerusi yang banyak, Putra sedia bertanding di mana-mana jua sekiranya diberi peluang, malah tidak ada masalah untuk bertanding dengan menggunakan logo PN.
"Kalau diberi kesempatan bekerjasama dengan PN, kalau boleh dua (atau) tiga kerusi juga tiada masalah, beri di mana sekalipun tidak kisah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Putra kali Keempat pada Ahad.
Ibrahim berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam petemuan mereka sebelum ini. - Bernama