22 asnaf terima sumbangan

Iklan
Jawatankuasa Komuniti Amal Jerai bergambar bersama 22 asnaf yang telah menerima sumbangan.

YAN - Seramai 22 asnaf sekitar daerah ini menerima sumbangan daripada pertubuhan Komuniti Amal Jerai.

Ketua Bahagian Pembangunan Masyarakat Majlis Daerah Yan yang juga bendahari pertubuhan Abdul Razak Abd Majid berkata, sumbangan ini bertujuan meringan beban golongan asnaf.

Iklan
Iklan

Katanya, diharapkan sumbangan kecil ini mampu meringankan beban keluarga ini terutama dalam membuat persiapan menyambut Ramadan.

"Sumbangan yang diberikan berupa makanan dan keperluan harian seperti gula, minyak dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui di majlis berkenaan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ria Mesra 1, Gurun, semalam.

Iklan
Jawatankuasa Komuniti Amal Jerai bergambar bersama 22 asnaf yang telah menerima sumbangan.

Menurut Abdul Razak, selain daripada sumbangan turut diadakan majlis bacaan Yasin.

"Diharapkan Ramadan yang bakal menjelma memberikan keberkatan di dalam kehidupan kita," katanya.

Iklan

Katanya, program sumbangan untuk asnaf ini akan diteruskan sepanjang Ramadan jika mempunyai kesempatan.