FGV jual dua syarikat sebagai sebahagian program transfomasi

Iklan

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd (FGV) akan menjual dua syarikat menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian program transformasinya selain memberikan semula tumpuan terhadap kecekapan, kebertanggungjawapan dan keberuntungan.

FGV dalam kenyataan hari ini berkata syarikat yang terlibat ialah Felda Engineering Services Sdn Bhd dan Felda Properties Sdn Bhd, yang bukan sebahagian daripada perniagaan terasnya.

Iklan
Iklan

Felda Engineering dan Felda Properties, masing-masing diperbadankan pada 1994 dan 1995, khususnya untuk menyokong projek perumahan dan pembinaan dalaman bagi Felda.

Bagaimanapun, beliau berkata Felda Engineering yang merupakan syarikat pengurusan projek, mahupun Felda Properties tidak menerima banyak kontrak selain daripada kumpulan Felda dan FGV.

Iklan
Iklan

"FGV mempunyai 100 syarikat dengan 93 daripadanya masih aktif dan beroperasi, walaupun ada diantaranya yang tidak memberikan keuntungan atau diurus dengan baik,” katanya.- Bernama