Projek rintis stesen minyak tanpa subsidi jimatkan RM6 juta
Iklan
Fuziah
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan projek rintis stesen minyak tanpa subsidi di dua stesen di Perlis sejak Februari lepas berjaya menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal, namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan.
Iklan
Iklan
"Dalam dua bulan pertama ada penurunan jualan minyak diesel dan RON 95 di stesen yang bersubsidi dengan penjimatan masing-masing RM1.77 juta dan RM3.98 juta dan pada masa sama di stesen minyak tanpa subsidi ada peningkatan (jualan) diesel dan juga RON 95.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu secara terperinci berkenaan mekanisme pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi serta mekanisme pengawalan minyak bersubsidi.
Iklan
Dua stesen minyak yang terlibat dengan projek rintis tersebut ialah di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.
Sementara itu, Fuziah berkata kementerian turut melaksanakan Ops Tiris sebagai satu lagi mekanisme untuk mengawal ketirisan subsidi bahan bakar.
Iklan
"Sepanjang Ops Tiris dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Mei, sebanyak 6,571 pemeriksaan dilaksanakan di mana terdapat 221 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM5.41 juta dan 198 tangkapan,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>