DUN Kelantan bubar hari ini

Iklan
DUN Kelantan pada Khamis secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN.

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi pada Khamis secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ia susulan pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya Rabu lepas, bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Iklan
Iklan

Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas mendominasi Kelantan apabila menang 37 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) menguasai lapan kerusi.

Iklan

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudian bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu.

Ketika ditemui media pada Rabu, Setiausaha Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi.

Iklan

Bagi BN dan PH, kedua-dua gabungan berkenaan juga telah menyelesaikan pembahagian kerusi masing-masing.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman dilapor berkata, calon BN akan diletakkan di 31 kerusi manakala 14 kerusi diberikan kepada PH.

Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN termasuk Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. - Bernama