PRN: PKR Perak bantu Kedah, Pulau Pinang

Iklan
Muhamad Arafat

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak akan menggerakkan jentera pilihan raya mereka bagi membantu memenangkan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata, kesemua 24 Cabang PKR di negeri ini telah ditetapkan kawasan DUN yang perlu diberikan bantuan untuk memenangkan calon dari Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Iklan
Iklan

Menurutnya, tumpuan utama diberikan di kawasan DUN di Kedah kerana sebahagian besar jentera di peringkat Cabang PKR Perak akan bertugas di kawasan itu nanti.

"Setakat ini, kita belum tentukan jumlah jentera yang akan bertugas tetapi setiap cabang wajib menghantar wakil di kawasan DUN yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Selasa.

Iklan

Muhamad Arafat berkata, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) akan bermesyuarat untuk menentukan jumlah jentera yang perlu dihantar ke setiap kawasan yang ditetapkan.

Menurut Ketua Unit Logistik JPRP itu, taklimat di peringkat jawatankuasa berkenaan sudah dilaksanakan untuk penyelarasan dan pembahagian tugas menjelang PRN di enam negeri nanti.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ashraf Kahasani berkata, AMK Perak pula ditugaskan untuk membantu jentera PRN di tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Menurutnya, kerusi-kerusi tumpuan membabitkan calon-calon dalam kalangan AMK yang bertanding pada PRN kali ini di tiga negeri berkenaan.

"Kita memang ditugaskan untuk menjaga tiga negeri iaitu Selangor Kedah dan Pulau Pinang, namun fokus kita tertumpu kepada dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah. Kita akan selaraskan jentera di seluruh negara dan fokuskan di kawasan DUN yang akan dikenal pasti tidak lama lagi.

"Setiap cabang di Perak ini ada wakil untuk kita bantu negeri-negeri yang akan menghadapi PRN. Kita bersama dengan AMK Pusat membantu negeri-negeri yang terlibat kali ini," katanya.