PM yakin Abdul Rasheed mampu kukuh kedudukan kewangan negara
Iklan
Anwar bertemu Shaik Abdul Rasheed
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan Gabenor Bank Negara (BNM) baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour mampu meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil.
Ujarnya, ia secara tidak langsung berupaya meningkatkan kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.
Iklan
Iklan
"Saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap beliau bagi memastikan kedudukan kewangan negara ditingkatkan menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.
"Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada Gabenor yang baharu dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Iklan
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan terhadap Gabenor Bank Negara Kesembilan, Tan Sri Nor Shamsiah atas jasa dan bakti sepanjang berkhidmat terutama semasa wabak Covid-19 menyerang negara.
Shaik bakal mengambil alih jawatan gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan khidmat baktinya pada 30 Jun ini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>