Suara hati kecil jelitawan Raducanu

Iklan
Emma Raducanu - Foto AFP

EMMA Raducanu pemenang sensasi Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 pada usia 18 tahun itu mengakui kejayaan dan kemasyhuran segera selepas menjuarai Grand Slam memberikan tekanan kepadanya.

Malah, bintang tenis berusia 20 tahun yang kini menduduki ranking ke-128 dunia menegaskan ada ketikanya dia berharap tidak menjuarai Grand Slam sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya saya amat meraikannya ketika menjuarai Grand Slam sebelum ini, kerana kejuaraan itu telah benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenis saya.

"Kadang-kadang saya berfikir sendiri dan berharap saya tidak pernah memenangi Terbuka Amerika Syarikat,” ujarnya.

Emma Raducanu mengakui gelaran juara dimilikinya benar-benar menukar hala tuju perjuangan karier dunia tenisnya.

Iklan

Raducanu sebelum ini menjulang kejuaraan Grand Slam 2021 dengan bergaya, tanpa kehilangan satu set pun dalam sembilan perlawanan sebelum ke perlawanan akhir.

Mengakui kemenangan itu datang dengan pujian, namun Raducanu mendedahkan bahawa dunia sukan berprestij itu sarat dengan segala berkemungkinan.

Iklan

"Sememangnya, saya perlu matang dengan cepat kerana apabila menang saya sangat naif.

"Apa yang saya sedar dua tahun lalu, siri jelajah dan segala yang datang dengannya, ia bukanlah ruang yang sangat bagus, boleh dipercayai dan selamat.

"Anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dalam industri, terutamanya ketika berumur 19, sekarang 20.

"Namun saya telah belajar, dan kekalkan dalam kalangan kelompok sekecil mungkin,” katanya yang kini tanpa bimbingan daripada mana-mana jurulatih sejak berpisah dengan Sebastian Sachs.

Sebagai rekod, Raducanu terlepas Terbuka Perancis tahun ini dan tidak menyertai Wimbledon kerana masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan pada pergelangan tangan dan buku lalinya.